BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Sunday, 27 September 2015
Sunday, 6 September 2015
IMPLIKASI
KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita
akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara
umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Implikasi kepelbagaian
sosio-budaya ini melibatkan murid, guru,sekolah dan kurikulum tersirat .
Pengenalan
Malaysia
merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya.
Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding
negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan
keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan
lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.
Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya
menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu
masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk islam, bersangkutan dengan
akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka,
bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Tuhan.
Menurut kamus dewan edisi ke 3(1996) dalam muka surat 180 menyatakan budaya
dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan
fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dr. Mohd. Arshad
hj. Taib telah menyatakan budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan
peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri
masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan
meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan
sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga
merangkumi skop yang lebih besar. Oleh itu, saya akan menerangkan tentang
implikasi kepelbagaian sosiobudaya didalam bilik darjah dalam perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya juga saya akan merangka rancangan
pengajaran pendidikan islam dan menerapkan nilai kebudayaan kepada murid.
Sesungguhnya, saya ingin menyatakan bahawa subjek pendidikan islam bukan hanya
untuk orang islam tetapi kepada semua. Ianya jelas apabila setiap yang islam
amalkan itu menerapkan nilai keharmonian dan menanam sikap toleransi dan
menghormati sesama manusia.
Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Didalam Bilik Darjah Dalam Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran.
Kini, kita telah
mengetahui bahawa setiap murid mempunyai latar budaya yang berbeza mengikut
keluarga, etnik, dan masyarakat yang berlainan. Oleh itu, setiap individu itu
mempunyai keunikan tersendiri dan perlu dikaji agar sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa meminggirkan murid itu
sendiri.
Menurut Alder (1948) didalam buku Perkembangan Kanak-kanak, personaliti
merupakan gaya hidup seseorang individu. Apa yang ingin dijelaskan ialah guru
perlu memerhati personaliti setiap murid kerana ianya dapat membantu didalam
merancang pembelajaran yang sesuai di dalam kelas. Contohnya dengan mengetahui
kepelbagaian budaya setiap murid, guru akan merancang sesuatu pembelajaran yang
mampu diterima oleh setiap murid.Hal ini kerana dengan memerhati dan menyelidik
personaliti murid dari aspek agama,budaya serta gaya hidup mampu memberi guru
satu jalan untuk mencapai pengajaran yang berkesan.
Kepelbagaian sosiobudaya telah memberi implikasi yang meluas kepada
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ianya member kesan kepada murid,
guru,sekolah dan kurikulum tersirat. Apa yang ingin difokuskan kini ialah
implikasi sosiobudaya terhadap murid. Sesungguhnya gaya belajar dan berfikir
murid juga amat memberi kesan kerana murid yang bersifat auditori, visual dan
kinestetik mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Melalui gaya berfikir,
kita dapat lihat bahawa murid lelaki tidak memerlukan bantuan latar berbanding
perempuan. Oleh itu, sikap ini amat member kesan kerana guru perlu member lebih
pendedahan dan penekanan serta mengenalpasti tahap penerimaaan murid didalam
kelas.
Kaum etnik juga merupakan implikasi yang jelas kerana murid yang belajar
dikalangan satu kaum etnik akan berfikir dengan pandangan yang sama kerana
mereka hanya mengamalkan satu budaya sahaja. Nyatalah bahawa mereka akan
menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan etnik yang lain kerana
pemahaman dan kesedaran konsep mereka hanyalah melalui bacaan dan bukannya
amalan yang dilakukan dan dilihat disekelilingnya.
Ianya berbeza dengan murid yang hidup dengan pelbagai etnik kerana mereka
akan terdedah dengan amalan, adat resam, pandangan, dan cara berfikir yang
berlainan sama ada sedar ataupun tidak. Mereka juga akan belajar secara tidak
langsung sama ada formal ataupun tidak.
Penguasaan bahasa dan cara berkomunikasi juga memberi kesan kepada murid.
Ianya jelas bahawa murid yang hanya menguasai satu bahasa iaitu bahasa ibunda
atau dialeknya sahaja akan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran serta kurang
faham akan bahan yang dibaca dan penerangan oleh guru lalu akan mengakibatkan
mereka ketinggalan di dalam pelajaran.
Ianya berbeza dengan pelajar poliglot dimana mereka menguasai banyak bahasa
dan kelebihan itu akan memudahkan mereka untuk mudah menguasai pembelajaran
jika dididik dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaan murid itu
sendiri. Maka, pendedahan KOMSAS perlu bagi semua lapisan murid terutamanya
murid sekolah rendah. Menurut Othman Puteh (2002) didalam Jurnal Akademik Tahun
2004, pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di peringkat sekolah menengah lebih
menitikberatkan konsep dan definisi genre sastera yang dasar. Oleh itu, guru
perlu memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah bagi memberi
kemudahan kepada mereka kelak.
Selain itu, kelas sosial serta penempatan juga merupakan implikasi
sosiobudaya terhadap murid. Terdapat tiga golongan iaitu rendah, sederhana dan
tinggi. Iainya wujud daripada taraf pendidikan dan sosioekonomi keluarga. Murid
yang berkelas sosial rendah akan mengalami kesukaran dalam pembiayaan
pembelajaran serta pendedahan meluas terhadap pendidikan. Mereka kebiasaannya
bertempat dikawasan luar Bandar seperti di pendalaman. Berbeza dengan golongan
sederhana dan tinggi kerana penempatan mereka di pinggir Bandar dan Bandar
memberi impak kepada pendedahan pendidikan yang lebih luas dan jelas.
Akhir sekali ialah gender murid itu sendiri. Secara jelasnya bahawa murid
lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang ketara di dalam penerimaan
pembelajaran. Murid lelaki kebiasaannya akan mendapat lebih perhatian dan
mempunyai interaksi yang baik terhadap guru berbanding murid perempuan. Tetapi
murid perempuan mempunyai daya ketekunan yang tinggi didalam kelas berbanding
murid lelaki dan ini akan memberi tamparan yang hebat kepada seorang guru dalam
mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran terhadap mereka.
Seterusnya ialah implikasi sosiobudaya kepada guru. Guru perlu
menerima kepelbagaian budaya dan memberi layanan yang adil kepada semua murid
mengikut keperluan individu itu sendiri. Disamping itu, guru perlu memahami
situasi pelajar daripada aspek latar belakang keluarga dan sebagainya bagi
memudahkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian kepada murid
itu sendiri bagi mengelakkan daripada terlepas pandang terhadap keperluan dan
tahap penerimaan murid didalam pelajaran.
Guru yang menggunakan strategi pembelajaran koperatif juga memberi kesan
terhadap hasil pembelajaran murid kerana mereka akan berbincang didalam satu
kumpulan dan mempunyai idea yang pelbagai. Kagan(1992) didalam Jurnal
Pendidikan Guru Tahun 2002 mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai satu
set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai
matlamat khusus atau mendapatkan suatu hasil akhir (end-product) yang ada
kaitan dengan isi kandungan pelajaran. Oleh itu, ianya serba sedikit akan
mendidik pelajar untuk bersikap toleransi dan kerjasama yang diperlukan dalam
masyarakat majmuk.
Sesungguhnya pembelajaran secara koperatif tidak akan Berjaya jika guru
lemah didalam pengurusan hubungan diantara murid. Oleh itu, guru perlu
mengenalpasti setiap murid melalui tahap penerimaan dalam pembelajaran dan
menggabungkan mereka didalam satu kumpulan yang terdiri daripada murid yang
lemah, sederhana dan tinggi. Hal ini bagi menggelakkan murid agar tidak
terpinggir dan ketinggalan didalam kelas. Contohnya, guru boleh menggunakan
kaedah sosiogram.
Seorang guru akan memberikan aspirasi atau jangkaan yang berbeza terhadap setiap
murid kerana mereka datang daripada pelbagai budaya. Oleh itu, guru perlu
menjaga setiap murid dan tidak memberikan pandangan yang negatif terhadap
sebilangan murid terutamanya murid yang datangnya daripada latar belakang
sosioekonomi yang rendah. Hal ini kerana kebiasaannya guru akan membentuk
pandangan yang negatif kepada murid yang lemah manakala murid yang pandai akan
dianggap sebagai permata yang berharga kepada sekolah.
Hal ini akan menjadikan murid yang dianggap bermasalah ini untuk
memberontak kerana ianya berasal daripada tanggapan pertama guru itu terhadap
murid tersebut. Oleh itu, guru perlu menjaga setiap murid dari segi
kebajikannya serta sosial murid melalui kaedah pastoral care. Menurut Hornby
etc. al. (2003) didalam buku Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, pastoral
care merujuk kepada proses pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang
diberikan kepada murid-murid dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral,
bimbingan akademik dan vokasional. Kesimpulannya, guru perlu memberi murid
bantuan yang sepenuhnya agar tiada murid yang rasa dirinya lemah dan terus
lemah serta tidak mampu untuk berada diatas dan indah dimata guru.
Guru perlu bijak di dalam penggunaan bahan sumber yang sesuai kepada murid.
Hal ini bagi mengelakkan dan menjaga sensitiviti setiap murid didalam kelas.
Hakikatnya murid sudah terdedah dengan suratan yang tercatat pada buku teks
maka guru perlu memberi sumber tambahan seperti menampal info didalam kelas.
Info ini berkaitan untuk menambah serta mencambahkan pemikiran murid itu
sendiri.
Hakikatnya, guru perlu menjadi mentor dan pada masa yang sama mengajar
murid utntuk menjadi mentor kepada rakan yang lain. Edge (1992) didalam Jurnal
Pendidikan Guru 1996 menghuraikan secara meluas berhubung dengan kemahiran
komunikasi interpersonal dalam proses perkembangan kendiri. Komunikasi
interpersonal yang mengutamakan sikap saling menghormati,empati dan keikhlasan.
Ianya akan membantu kejayaan dan kelancaran didalam pengajaran dan
pembelajaran.
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada sekolah boleh dilihat pada
beberapa aspek iaitu jenis sekolah, lokaliti sekolah dan kepimpinannya. Kini
, terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan Negara. Pada
peringkat rendah,terdapat SK, SJKC, SJKT. Manakala pada peringkat menengah pula
terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah
Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Dengan adanya pelbagai
jenis sekolah maka wujudlah pelbagai jenis hubungan berdasarkan murid di
sekolah itu sendiri.
Apa yang ingin disampaikan adalah diperingkat sekolah menengah terdapat
Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya
dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus
berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan
menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid
dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang
melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara.
Ini adalah untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan agama kepada
murid-murid.
Tambahan pula, Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah
dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak
penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan
memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambang kebanggaan
negara kerana kecemerlangannya. Hakikatnya, Sekolah Bestari merupakan
sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya
dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur
yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks
Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat
tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep
baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid-murid
yang berpotensi di kawasan luar Bandar. Berbeza dengan Sekolah Pendidikan Khas
yang menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan,
pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan
disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka
Jelasnya adalah apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat
berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan
lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh
itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak
kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka
untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)